Jul 31, 2011

oh manusia,,

Bismillahirrahmanirrahim.

kita sendiri tahu yang manusia ini tak lekang dari membuat kesilapan,,pengalaman itu banyak mengajar kita dari mengulangi kesilapan tersebut dan membuatkan kita jadi lebih matang,,dan aku sendiri jugak tak nafikan yg aku ini betul2 sempurna dan tak pernah lakukan kesilapan,memang tipu la kalau aku ckp aku ni betul2 sempurna,,

tapi ramai orang yang susah nak terima teguran dari pihak lain,,bila org lain tegur dikatakan orang itu mengutuk,menghina dan macam2 lagi,,tak semua teguran yang kita terima itu menghina kita,,teguran itu ada pelbagai bentuk,ada teguran yang membina dan ada jugak teguran yang menjatuhkan kita,,tapi kenapa kita sendiri tak boleh fikir yang teguran pihak lain itu sebenarnya salah satu contoh terbaik untuk kita sedar akan kesilapan yang kita lakukan,,kenapa kita mudah sangat meronta bila dikritik atau ditegur,,kenapa kita tak berfikir sejenak untuk fikirkan teguran yang kita terima itu,,???

maaf la sebab aku tulis benda2 macam ini,,mungkin bengang dengan sikap manusia yang mcm ini,,
dunia skrg dah canggih,,semua guna kemudahan facebook,,,nak luahkan perasaan semua mudah je tulis kat status tu,,nak mencaci la,,nak mengamuk la,,,,nak mengutuk org la,macam2 lagi,,dan bila ditegur dengan status seperti itu,,mudah sangat nak melenting,,tak paham betul dengan manusia mcm ni,,,tulis kat status nak bagi 1 dunia tahu,,fikir2 kan lah,,,ambil masa sedikit sebelum kita bertindak,,agar tindakan yang kita buat itu tak buat hati orang lain terganggu,,,,,


salam,,,

salam ramadhan~~

salam ramadhan untuk semua yg sudi datang melawat blog ini,,:)

serius tahun nie mcm takde perasaan nak sambut ramadhan,,rasa seperti hari2 biasa sahaja,,tapi bila aku pergi surau untuk tunaikan solat terawih semalam,,tgk ramai jemaah yg datang,baru ada rasa kemeriahan ramadhan nie,,yea la kan,sblm nie pergi surau,jemaah sampai 2 saf je,,tu pon belum tentu penuh saf yg kedua tu,alhamdulillah,ramai yg datang untuk tunaikan terawih smlm,,,harap2 kehadiran jemaah tu berkekalan hingga ke akhir ramadhan untuk memeriahkan surau dan masjid yg sedia ada,,

dan semperna ramadhan ini,,ramai jugak yg balik bercuti,,tu pon tak ramai yg dapat cuti lama sbb ada negeri yang tak amik cuti untuk awal ramadhan,,abg aku yg duduk kl pon tak dpt cuti,so dia balik sekejap je smlm,,riuh jugak rumah aku hujung minggu ini dengan anak2 buah aku yg ramai tu,,kadang2 sakit hati pulak,,hahahha,,takpe la,,budak kecik kan,,:)

smlm masa abg aku kat rumah,sempat jugak aku berbual dengan abg aku,,tu pon tak lama,sebab dia nak balik,,bertanya tentang kerjaya dia sebagai 'building manager' di IOI Properties,,aku tertarik dengan kerjaya dia,,gaji dia pon lumayan sampai kalah gaji doktor pakar,,tu yg aku taw la sbb exwife dia bagitahu kat aku,,apa yang abg aku terangkan kat aku smlm aku masih tak jelas lagi,,mungkin sbb masa perbualan singkat sangt,,sebelum ini aku tgk abg aku memang sibuk dengan kerja dia,kerja sampai makan pon tak terjaga,anak bini pon susah nak jumpa,,memang berbaloi la gaji yg dia dapat,,ingat lagi dulu masa teman dia pergi kerja dekat bangunan CIMB kat sebelah sogo,,masa tu aku baru balik dari kem easy math,,boleh pulak dia suruh aku tunggu sampai dia habis kerja,,suruh aku lepak kat area sogo tu,,dari tengah hari aku tunggu sampai lewat malam baru dia keluar dari bangunan CIMB tu,,aku dah mcm pencacai je kat luar sogo tu,,nak jalan jauh2 tak berani,masa tu duit pon tak banyak,memang sedih betul masa tu,huhuhu
sebelum abg aku bertolak balik smlm,dia bagitahu yg dia akan bantu untuk aku cari kerja kat syarikat dia,lepas aku graduate nanti,alhamdulillah,cerah la masa depan aku nanti,,:)
tapi nak tunggu abis blaja mungkin lama lagi,.sbb cita2 aku tinggi,mungkin aku akan lanjutkan pelajaran aku diperingkat yg lebih tinggi,,insyAllah,,


selamat menyambut bulan ramadhan yg penuh berkat ini,..
semoga kte semua dpt meningkatkan amal ibadah kte dan diampun kan dosa2 yg lepas,
insyAllah,

Jul 28, 2011

alhamdulillah,


salam sejahtera buat semua kawan-kawan,,,,skema je,,hahaa
terima kasih kerana sudi melawat blog nie,,alhamdulillah,ada jugak org yg sudi melawat blog nie,,
hm,,yg pasal post lepas tu,,maaf la sbb touching sangt,,,hehehe,,,:)

alhamdulillah,da nak masuk bulan ramadhan rupanya,,,tapi tahun ni tak mcm tahun sebelum ini,,,,tak teruja sangt pon nak sambut bulan ramadhan kali ini,,,mungkin byk sngt pikir pasal tawaran nak masuk IPT september nanti ,,,,,,
btw,,sape2 yg tak tahu lagi,aku dah dpt tawaran upu,,alhamdulillah,ada rezeki kat UTM ,,
kejuruteraan kimia,..tu yg terbaik untuk aku buat mase ini,,ini pon pilihan pertama aku,memang murah rezeki aku,,




sblm nie ingt nak pilih kejuruteraan petroleum,,tapi ,,course tu mcm da mendalam sangt,,so bila da fikir2 balik,,kejuruteraan kimia yg sesuai dengan aku,,walaupon aku minat math,tapi aku tak bole keje dengan nombor sangt,,ingat masa kat matrik dulu,,aku ada buat ujian kerjaya dengan kaunselor matrik,,ujian tu untuk menentukan course yg sesuai untuk diri kte seterusnya menentukan kerjaya masa depan kte,,,lepas dah siap ujian tu,jawapan yg aku dpt,,lebih kepada bidang kejuruteraan,,contoh ciri2 jawapan tu;
1.Bekerja di luar pejabat.
2.Bekerja dengan menggunakan peralatan,etc

lain2 tu tak ingt la,,hehe,,jawapan yg aku dapat tu jauh berbeza dengan minat aku yg ada kat matrik dulu,yakni minat kepada bidang matematik,,aku sampai nak berlawan dengan kaunselor tu sebab cakap jawapan tu salah,,dulu mase lepas sekolah aku memang bercita-cita nak bekerja dalam bidang yg lebih kepada matematik,,,macam sains aktuari,,,,
tapi selepas dah dinasihat oleh kaunselor tu,,aku terima jawapan yg dia beri,,memang susah nak terima kenyataan,,tapi alhamdulillah,,skrg apa yg dia kata memang benar,,peluang kerjaya aku lebih kepada bidang kejuruteraan,,dan dalam bab kimia ni jugak agak mudah untuk aku bawa dan dan bab ini jugak aku selalu score dari peringkat spm sampai la peringkat matrik,,tapi yg sedihnya,,kimia ni lah yg buat pointer kat matrik aku jadi cacat,,hahhaha,takpe,,bukan rezeki aku mungkin,,dan pengajaran untuk aku untuk lebih berusaha,,

4hb septmbr nanti dah mula daftar,,memang tak raya sangt la nanti,,semua kawan-kawan dah sibuk nak uruskan hal diaorg sebelum daftar kat U diaorg nanti,,tahniah buat semua kawan-kawan yg dapat tawaran upu tu,,semoga kte dapat berjaya kelak,,yg dapat jauh2 tu,,untung la dpt melancong,,:P,,,ahahahha..tak la mcm aku ni,,merempat kat johor je,,hehee,,kepada yg duduk utara tu,,jaga diri baik2,,:)


*kdp akmal chan,,sampai hati kau tipu aku,,bila aku taw yg kau tipu aku,rasa
mcm nak baling cicak kat kau je,ahahhaa,
*kpd budak uum,untung la dpt cuti hari jumaat,,hahaha,,buat yg terbaik kat sana
nanti,insyAllah,semoga kte berjaya semua,,amin,,

Jul 19, 2011

keperitan~~

~~ku cuba untuk memujuk hati yg terasa perit ini,mungkin akan mengambil masa untuk pulih,,~~~


kenapa la setiap masa timbul saje masalah,,kenapa perlu begini?dan sampai bila masalah ini boleh selesai???

benda-benda mcm ini buat aku tertekan,sakit hati,,dan bila semua benda ini timbul,,mula la rasa panas baran,,,
yea aku memang seorang yg panas barang,dulu aku memang kuat marah,,dikala zaman sekolah dahulu,,tapi skrg aku cuba untuk berubah,alhamdulillah,Allah membantu atas usaha aku selama ini,,kelemahan yg ada dalam diri aku ini,aku cuba untuk perbaiki sedikit demi sedikit,,bukan mudah untuk kita ubah sesuatu sikap yg ada dalam diri kita bukan,,,sedikit masa diperlukan,,

masalah yg timbul ini buat aku tak ada minat untuk on9 lama-lama,,,,rasa sakit hati pon ada untuk bukak internet ini,,aku tahu nanti ada sahaja masalah yg timbul,,sbb itu skrg ini aku cuba untuk elakkan diri dari komputer dalam bilik ini,,,aku pon tak pasti sama ada apa yg aku buat ini dpt menyelesaikan masalah yg timbul itu,,,

disebabkan terlalu tertekan,aku cuba untuk mencari jalan penyelesaian,,cuba memikirkan apa yg terbaik,,

alhamdulillah,,skrg ini aku cuba dekatkan diri kepadaNYA,,,cuba rajinkan diri untuk hadir ke surau untuk bersolat jemaah,,membuka Al-quran dan membaca terjemahannya untuk memahami isi kandungan Al-quran,,yang mana sebelum ini aku tak tahu apa-apa,,cuma pandai membaca,tapi satu haram pon tak taw,,apa makna kalau kte selalu membaca tapi tak cuba untuk memahami apa yg kte baca itu,,sbb itulah aku cuba untuk mengambil peluang yg ada untuk membuat kerja-kerja amal sebegitu,,bukan niat untuk menunjuk-nunjuk,,tapi aku cuba luahkan apa yg aku rasa,,

setiap manusia tak pastinya sempurna,,kesempurnaan itu akan tiba jika seseorang itu belajar dari kesilapan yg lepas dan yg pasti seseorang itu berusaha untuk memperbaiki kesilapan itu,,,aku jugak tak silap dari membuat kesilapan,byk benda yang aku tak tahu,,aku perlu beljar dari yg mahir,,perlu belajar dari kesilapan,,,tegurlah aku jika aku membuat kesilapan,tak salah menegur kalau niat kita untuk memperbaiki kesilapan seseorang,,kte yg menegur jugak dpat pahala nanti,,,,,insyAllah,,marilah kte sama-sama betulkan diri masing-masing dari kesilapan,moga-moga kte dpt menjadi seorang yg sempurna dalam ape jua tugas yg kte laksanakan,,amin,,,


mintak maaf jika aku tak dapat jadi yang terbaik,,,
tegurlah aku jika aku silap,aku bole terima dengan hati terbuka,,
kte dpt selesaikan masalah yg timbul itu dengan cara yg baik,,
moga-moga kte dijauhkan dari semua itu,,
maafkan aku~~~

Jul 5, 2011

akhrnya,,,

assalamualaikum~~
~lama sungguh tak update blog aku ini,,bila tgk balik post yg lepas,,ketawa sendiri aku dibuatnya,,
btw,,skrg aku baru lepas abis matrik,,lepas abis matrik,terus aku bekerja kat 7e,dan skrg duduk rumah saje rehat,dan tolong mak aku di kebun,,dpt la sikit duit tolong mak aku kat sana,,skrg nie pon nak buat persiapan sikit-sikit sblum menjejakkan kaki ke menara gading,nak persiapkan diri dengan benda-benda yg patut ,,,aku bercadang nak tingkatkan english aku yg terkotak katik lagi nie,,rase cemburu tak dpt nak bercakap bhasa org putih nie,,semoga dengan usaha aku nie,aku dpt mahir berkomunikasi dalam english nanti,,,




hari nie takde mood sangt nak tulis panjang-panjang,,dah lama sebenarnya tinggalkan blog nie,so mulai skrg,aku cuba untuk rajinkan diri untuk update blog nie,,,


kat bawah nie,,adew beberapa gambr,,so enjoy,,:)










she's mine,,:)
Fatin solihah binti Roselan,,:)